Wednesday, May 30, 2012

Puding Roti Marble


Potong pun senget, dh tak sabor nak makan



Petang sabtu lalu rasa teringin pulak nak makan puding..pikir punya pikir..jadi saya buat la puding roti marble ni..lagi pulak ayen suka makan, sama la cam mama dia nie..kat bawah ni ada resipinya untuk kenkawan kalau nak try buat..senang dan sodappp...


Thursday, May 24, 2012

Boboiboy Musim Ke 2




Siri Animasi Boboiboy untuk musim ke-2 akan bermula akhir mei ini, mesti tengok nie..Boboiboy ni adalah salah satu siri animasi kegemaran Ayen selain Upin Ipin..sebenarnya saya suka sangat tengok watak Probe (Robot prototaip ciptaan utama Adu Du) yang gila cool tu...Ni anak yang nak tengok atau mamanya yg tak sabar nak tengok hehe...

Mengikut dari sumber FB page BoBoiBoy, Kartun Bersiri Boboiboy bagi musim ke-2 akan mula bersiaran pada 27 mei 2012 (ahad) pada jam 7.00 malam.

Untuk musim ke-2 ni akan muncul beberapa watak baru disamping watak lama seperti Tok Aba, Ying, Yaya & Gopal .

Jika Boboiboy musim pertama jalan cerita lebih berkisar sepanjang percutian sempena cuti persekolahan Boboiboy di kawasan tempat tinggal Atuknya. Untuk musim kedua ini pula, Kartun Bersiri Boboiboy akan lebih tertumpu kepada suasana persekolahan di Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Gambaran watak dalam Siri Animasi Boboiboy untuk musim ke-2 seperti dibawah:


 

Ini adalah serba sedikit pengenalan tentang animasi Boboiboy

BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain (Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin), setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production, syarikat yang pernah diasaskan oleh Nizam dan Safwan dulu dan terkenal kerana menghasilkan siri animasi Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah diarah oleh Nizam. Syarikat Animonsta beroperasi di MAC3, fasiliti pengeraman pembangun kandungan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) di Cyberjaya.
Konsep asal cerita BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke Bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama. Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk asing ke Bumi untuk memburu koko, "kerana ia lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak".
Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin & Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini, iaitu BoBoiBoy.

sumber dari wikipedia

Tips Pencarian Cinta Sejati





Dua batang kayu disatukan dengan paku. 
Dua ketul batu disatukan dengan simen. 
Dua hati disatukan dengan apa???
Jika dua hati disatukan dengan Yang Satu (ALLAH), 
pasti mudah kedua-duanya bersatu.

Indahnya Kehidupan apabila cinta bertasbih (memuji Allah) tetapi..
binasalah diri apabila kita bertasbihkan cinta.

Mencintai Allah adalah modal membina bahagia.
Sesiapa yang lebih mencintai Allah, dialah yang lebih mencintai pasangannya.
Oleh itu, carilah cinta Allah, 
nescaya kita ketemu cinta sejati yang berkekalan dalam kehidupan

Sunday, May 20, 2012

Perkahwinan Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg




SAN FRANCISCO: Selepas sembilan tahun bercinta, ketua pegawai eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya mengahwini teman wanitanya yang dikenali lebih sembilan tahun, Priscilla Chan, semalam.