Sunday, May 20, 2012

Perkahwinan Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg




SAN FRANCISCO: Selepas sembilan tahun bercinta, ketua pegawai eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya mengahwini teman wanitanya yang dikenali lebih sembilan tahun, Priscilla Chan, semalam.



Pengasas bersama laman web itu mengumumkan perkahwinan mereka melalui satu kemas kini status di rangkaian media sosial berkenaan.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di laman belakang rumah Zuckerberg di Palo Alto, California, dan dihadiri kurang daripada 100 tetamu yang awalnya menganggap dijemput bagi merayakan kejayaan Chan menamatkan pengajian di universiti.
Perkahwinan jutawan berusia 28 tahun itu berlangsung sehari selepas tawaran awam permulaan (IPO) Facebook di pasaran saham Nasdaq pada Jumaat.
Zuckerberg yang dinobatkan sebagai Personaliti 2010 oleh majalah Time memulakan Facebook di bilik asrama Universiti Harvard lapan tahun lalu sebelum beliau keluar dari Liga Ivy itu.
Chan pula berkelulusan perubatan dari Universiti California, San Francisco. Pasangan terbabit bertemu ketika di Harvard.Encik Zuckerberg memberikan Priscilla Chan cincin yang direka sendiri sebagai tanda perkahwinan…

0 comments:

Post a Comment