Thursday, July 19, 2012

Lagu terbaru Kumpulan Mojo "Andai Ku Bercinta Lagi"




Lagu Kumpulan baru yang diberi nama Mojo nie best la jugak, tajuknya "Andai Ku Bercinta Lagi", lagu nie telah menjadi lagu tema untuk drama bersiri Ameera yang ditayangkan di TV3 slot samarinda, kumpulan "super-band" terbaru Mojo yang merupakan sebuah kumpulan yang berkonsepkan Synth-Rock nie dianggotai oleh Ameera (eh silap Aweera) sebagai vokalis, Edry KRU sebagai komposer dan pemain synthesizer, Johar Tilu, pemain drum dan Deny sebagai gitaris.
Mojo bermaksud Aura. Perkataan tersebut lebih dikenali di kalangan pengemar muzik rock.
Di dalam album yang rasanya telah dilancarkan pada Mei baru2 nie memuatkan 4 buah lagu iaitu “Andai Ku Bercinta Lagi”, “Mimpi”, “Maafkan Aku” dan “Agar Tetap Indah”. Lagu yang dimuatkan ini kebanyakkannya berentak balada dan Synth-Rock. Bagi lagu “Andai Ku Bercinta Lagi” ciptaan Edry Abd. Halim merupakan dari kisah sebenar kisah realiti sahabat Edry yang kematian isteri akibat penyakit kanser. Dalam lagu tersebut, ada menceritakan tentang perasaan suami tersebut yang terpaksa mencintai seorang perempuan selepas kematian isterinya dan masih tidak dapat melupakan kasih sayang terhadap isterinya.

Aweera
Vokal Aweera atau nama sebenarnya Nashrul Aweera Bin Nurhissham yang pernah menjadi finalis OIAM musim ketiga ni memang terbaik la, sekali dengar suara macam awie pun ada jugak, sesuai untuk nyanyi lagu berentak rock la katakan..harap2 lagu nie dapat mengetengahkan vokal Aweera yang mantap tu..

Apa kata mari kita dengar lagu "Andai Ku Bercinta Lagi" dari Mojo.



0 comments:

Post a Comment