Tuesday, July 17, 2012

10 Khasiat Air Limau

Dengan harga yang berpatutan, limau mengandungi sekitar lima peratus asid sitrat dam merupakan sumber yang kaya vitamin C, Limau juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin B, riboflavin dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosfor serta protein dan karbohidrat. Terdapat banyak manfaat kesihatan yg boleh diperolehi daripada minuman yang berasaskan limau, antaranya termasuklah:



1.  Baik untuk perut

Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur, perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan sembelit. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.

2. Perawatan kulit

Limau dapat menjadi ubat antiseptik semula jadi, yang bertugas utk menyembuhkan masalah berkaitan dengan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka akibat terbakar akan pudar dengan pantas jika ditempelkan limau padanya.

3. Perawatan gigi

Tahukah anda air limau mempunyai fungsi penting dlm perawatan gigi? Ya, sari jus limau segar yang ditempelkan pada gigi membantu menyingkirkan rasa sakit. Manakala perahan jus limau dapat menghentikan pendarahan gusi. Cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.

4. Sembuhkan Infeksi tenggorokan

Limau juga adalah buah yang sangat baik yang membantu dlm memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya, anda boleh berkumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.

5. Mengawal tekanan darah tinggi

Air limau bekerja bak ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yg tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stres mental serta depresi.

6. Menurunkan berat badan

Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Efek yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air panas dan madu.

7. Membantu menyembuhkan gangguan nafas

Jus limau mambantu dlm menyembuhkan masalah pernafasan, terutama pada individu yg menderita asma.

8. Mengubati reumatik

Limau memiliki sifat diuretik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi dengan cara mengeluarkan bakteria dan racun dari tubuh.

9. Meredakan demam

Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam, dengan meningkat penghasilan keringat.

10. Pembersih darah

Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria dapat diubati dengan air limau kerana mempunyai sifat sebagai pembersih darah.

0 comments:

Post a Comment