Dah tengok duit kertas baru yang mula dikeluarkan baru2 ini, comel dan cantik tambah2 duit kertas RM20 yang diperkenalkan semula, warna kuning lagi..nampak ceria jer, saya baru tengok yang RM100 nyer, yang lain tak dapat tengok lagi..tu pun kawan yang tunjukkan huhu..warna purple lak tu..warna kegemaran saya tu..
Wang kertas melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100,duit
syiling pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi berada dalam edaran
Januari 2012. BNM juga turut mengeluarkan 3 jenis wang kertas
peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu iaitu
denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20
berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.
Ciri-ciri Duit Wang Kertas Baru Malaysia 2012
Terdapat imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air
dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah,
benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk
memudahkan orang ramai mengenalinya. Juga boleh dikenal pasti melalui
sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk
membezakan denominasi yang berlainan tersebut.
0 comments:
Post a Comment