Thursday, August 2, 2012

Brave : Kisah Puteri Berhati waja


TAJUK: Brave
GENRE: Animasi
PENGARAH: Mark Andrews dan Brenda Chapman
PELAKON: Kelly MacDonald, Julie Walters, Emma Thompson, Billy Connolly
EDARAN: Walt Disney Pictures
Tayangan: Mulai 28 Jun 2012



Sekali Imbas
Brave merupakan pendekatan baru yang mahu diketengahkan oleh Disney dan Pixar di mana jika kita sering dihidangkan dengan filem yang menonjolkan hero manakala Brave tampil dengan heroin iaitu Puteri Merida.
Filem ini bukan mahu menonjolkan bahawa Puteri Merida adalah berdarah keturunan diRaja ataupun kisah dongeng tetapi ia mengisahkan tentang keberanian dan hati mulia dimilik oleh seorang puteri raja.

Ulasan Penuh
Filem Brave yang juga diterbitkan dalam format 3D hasilan Disney Pixar ini merupakan filem non-sequal pertama semenjak 2009 selepas Cars 2 dan A Bug's Life.
Seperti biasa efek 3D sudah tentu menjamin kepuasan kepada yang menontonnya.
Jalan cerita yang menarik dan memberikan kelainan dengan watak utama dipegang oleh seorang heroin iaitu Puteri Merida.
Puteri Merida sangat cantik dengan rambutnya yang merah menyala itu seorang yang lebih suka berdikari.
Sering mengelak untuk diasuh supaya menjadi bakal permaisuri yang lemah lembut oleh ibunya, Ratu Elinor.
Antara perkara yang membuatkan Merida marah kepada ibunya apabila dia mendengar bahawa ibunya sedang merancang untuk mencari calon yang sesuai buat puterinya itu.
Ratu Elinor telah mengaturkan semua dan menanti pemuda bertuah yang berjaya meraih hatinya.
Namun Merida mempunyai tanggapan lain tentang lelaki di mana dia percaya bahawa dia tidak memerlukan seorang lelaki dalam hidupnya.
Dengan itu, dia telah membuat keputusan untuk melarikan diri ke dalam hutan.
Ketika itu dia telah bertemu dengan seorang ahli sihir dan telah meminta bantuan daripadanya untuk memberikan jampi supaya dia dapat menukar takdirnya iaitu menukar pemikiran ibunya.
Di sini segalanya bermula iaitu sebuah musibah kepada Merida dan ahli sihir tersebut telah menukarkan ibunya kepada seekor beruang.
Bermula dengan ini filem ini menonjolkan sisinya yang lain dan telah membuatkan anda tertanya bagaimana Merida mahu memperbetulkan keadaan yang telah menjadi kucar-kacir.
Dia yang terkejut dengan perkara itu mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan.
Hanya satu sahaja cara untuk menarik balik sumpahan dengan mencari erti sebenar keberanian sebelum semuanya akan terlambat.
Penulis merasakan jalan cerita yang cuba disampaikan membuatkan anda tidak dibayangi oleh filem-filem terdahulu terbitan Disney dan Pixar.
Manakala watak utama yang ditonjolkan juga adalah heroin yang sungguh berani dan lasak.
Keseluruhan dapat dilihat jalan cerita bagi animasi ini digarap dengan plot-plot yang membuatkan anda tidak bosan menontonnya di mana beberapa twist diwujudkan untuk memperkemaskan lagi jalan cerita.
Sebuah kisah dongeng yang bakal membuatkan mereka menghargai ibu dan dalam masa yang sama jika anda seorang peminat filem animasi Disney Pixar ia akan mengubah persepsi anda tentang mereka selepas menonton filem ini.

Sinopsis
Merida yang dilahirkan dalam keluarga diRaja iaitu puteri kepada King Fergus dan Queen Elinor merupakan seorang pemanah yang hebat.
Walaupun begitu Merida tidak seperti puteri lain di mana dia lebih selesa menjalani kehidupan seperti orang biasa.
Aktiviti memanah, menunggang kuda selain makan menggunakan tangan sahaja sudah memberikan gambaran bahawa dia bukan seperti puteri biasa yang penuh dengan tata susila.
Dengan semangat yang waja dan mahu memperjuangkan mereka yang tertindas antara daripada Lord MacGuffin dan rakannya namun perkara ini telah membawakan kepada kekecohan dan keberangan kepada Lord MacGuffin.
Kisah seorang puteri raja berhati waja namun begitu masih menonjolkan kisah dongeng yang menjadi latar belakang Brave

Sumber murai.com

0 comments:

Post a Comment