Sunday, June 24, 2012

Siapa Yg Kau Cinta

 Ini ialah permainan yang menyeronokkan dan kelakar, jangan baca jawapan dulu tau!


Ambil pen dan kertas dan mulakan kuiz ini. Apabila anda memilih nama, pastikan anda kenal orang itu dan jangan fikir lama-lama...



1. buat baris dalam 9 pastu tu garis lah utk asingkan baris tu… pastu tulis nombor bagi setiap baris (dari 1-9)

2. Baris pertama dan baris kedua tulis nama seseorang iaitu jantina yg berlainan yg telintas kat fikiran anda tapi bukan ahli keluarga..

3. Baris ketiga, keempat dan kelima tulis nama sape2 yg terlintas kat fikiran anda dan boleh letak nama anggota keluarga atau kawan2.

4. Baris keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan tulis tajuk lagu2 yg terlintas kat fikiran anda..


Setelah selesai menulis kesemua jawapan dalam baris tu.. bolehlah anda semak jawapannya di bawah.
 






Jawapannya...jeng jeng jeng...

  • Nama dalam baris pertama ialah nama seseorang yang anda cinta.
  • Nama dalam baris kedua ialah nama seseorang yang anda suka tapi tak kesampaian.
  • Anda sangat ambil tahu tentang orang yang anda letak dalam baris ketiga
  • Nama dalam baris keempat ialah seseorang yang sangat mengenali anda.
  • Nama dalam baris kelima ialah seperti lucky star anda.. this person is always there for you..
  • Lagu dalam baris keenam ialah untuk orang dalam baris pertama anda...
  • Lagu dalam baris ketujuh ialah untuk orang dalam baris kedua anda..
  • Lagu dalam baris kelapan ialah lagu tema hidup anda..
  • Lagu dalam baris kesembilan memberitahu tentang perasaan anda terhadap kehidupan..

Ha..macam mana setuju tak dengan jawapan, permainan ini untuk seronok2 aje, jangan percaye seratus peratus lak, saya dah lama dah cuba kuiz ini, ambil dari buku Teka-teki cinta dan perhubungan, saya pun tak ingat macam mana boleh beli buku tu, dah bertahun simpan kat mana pun tak tau tup2 jumpa balik..tapi saya edit la skit2 untuk dimasukkan dalam blog nie, saya juga pernah terjumpa kuiz ni dalam blog orang len, x sangka glemer gak rupanya kuiz ni.. 


0 comments:

Post a Comment