Thursday, July 5, 2012

Buah Manggis

Manggis atau nama saintifiknya Garcinia Mangostana adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Terdapat satu bahan di dalam buah manggis yang dikenali sebagai xantona iaitu suatu bahan yang aktif yang dapat membantu pelbagai masalah penyakit.






 KHASIAT MANGGIS
  • Dapat membantu masalah alergi, resdung, dan lelah.
  • Membantu masalah penyakit kulit seperti eczema ( peradangan kulit tangan ), gatal-gatal, psoriasis ( proses penggantian kulit yang terlalu cepat ), seborrhoea ( peradangan kulit bahagian atas ) dan jangkitan kulat.
  • Mengubati luka-luka yang biasa pada mulut, melecur dan selepas pembedahan.
  • Membantu masalah penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolestrol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik dan saluran usus yang bengkak

0 comments:

Post a Comment