Walaupun tak semestinya betul 100%. Tapi sekurang2nya kita boleh memperbaiki diri ketahap yang lebih baik.
2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)
MERAH
Selalunya
mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan
disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga
sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’!
Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang
dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan
mereka.
KRIM
Ha!
Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih!
Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang
kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi
percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan
tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang
benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama
untuk melafazkan sayang!
TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan
main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, tentu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu
yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih
yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Kamu
akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga
yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu
tentang orang-orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain.
Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.
HIJAU
Salah
satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri
dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak
begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain
kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu
disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya
mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan
jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
EMAS
Kamu
seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya.
Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta
tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal
percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai
tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja.
Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang
seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING
Kamu
seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh
orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih
suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.
Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
jauh ke depan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja
berminat hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
MAROON
Bagi
kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang
bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka
melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak
terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan
sikap setia kamu dalam perhubungan!
OREN
Syabas!
Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang,
berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati
orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi
ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target
kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal
perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang
lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan
dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu
amat penting!
UNGU
Amboi!
Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat
mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu
juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun
begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan
peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu
lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak
stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak
rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.
LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat
kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan
tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain
itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil
pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri
yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya
seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
PERAK
Ternyata
kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut
berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun
kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap
kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan,
bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana
kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap
‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta
kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah
bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
HITAM
Kamu
gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa
saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu
ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan
mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar
untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan
perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi
kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka
menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu
juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu
menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang
baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan
orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati
si dia dan tak suka cari pasal!
PERANG
Kamu
seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.
Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh
cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu
perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
KELABU
Kebanyakkan
meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan
aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi
kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa
saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di
dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap
pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain
apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
BIRU
Ternyata
kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih
sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu
ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu,
kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam
bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni
sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta
tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu
pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia
setulus hati. Silap sendirilah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu
berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
BIRU LAUT
Kamu
mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi
kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga
seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian
ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi
berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada
seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang
lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,
kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
melakukan kesilapan!
PUTIH
Kamu
punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi
terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya
dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si
dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu
buta namanya!
(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak
oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah
secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab
itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan
tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang
yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan,
kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada
orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …!
Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.
amboi2....sapa orang merah,rasa-rasa memang dah kena dah kt dia..huhu...bagi org emas pulak,huhu...kena jgk...sapa mkn cili dia la yg terase pedasnye ye...n orng kuning..mmmm....no komen..huhu...
ReplyDeletex rase pedas pun..hehe, kuning tu mmg dh kena betol la...
Delete