Mereka
adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka
reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka
perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan
apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari
jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
2. Dengar pendapat isteri
2. Dengar pendapat isteri
Suami
isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan
atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai
'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan
masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah
kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat
selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat
mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.
3. Beri pujian kepada isteri
Jangan
lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan
kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala
semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia
terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres
demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat
kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap
pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati,
disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi
lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin
cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh
kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda
sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa
bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.
5. Ingat tarikh penting
Manusia
memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh
sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami
seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia
memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari
lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping
kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah
dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan
di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang
selama ini".
6. Penuhi hajat isteri
Bukan
semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan
sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua
atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak
berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat
isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah
pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan
isteri?
7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami
perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda
bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak
mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar
menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang
menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan
tersenyum.
8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan
suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus.
Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri
wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita
berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah
suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan
inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan
selama ini.
9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan
suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan
baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di
belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa
isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik.
Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis
itu.
10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba
anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri
anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda
ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala
kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa
ciuman suami kepada isteri.
Dipetik daripada Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
0 comments:
Post a Comment