Sunday, June 24, 2012

Sahabat Sejati


Siapa Yg Kau Cinta

 Ini ialah permainan yang menyeronokkan dan kelakar, jangan baca jawapan dulu tau!


Ambil pen dan kertas dan mulakan kuiz ini. Apabila anda memilih nama, pastikan anda kenal orang itu dan jangan fikir lama-lama...

Wednesday, June 20, 2012

Personaliti berdasarkan warna

Walaupun tak semestinya betul 100%. Tapi sekurang2nya kita boleh memperbaiki diri ketahap yang lebih baik.

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 Petua Menjadi Suami Mithali


 
1. Isteri adalah manusia 
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

Kuiz Personaliti Diri

Saya search google cari artikel pasal psikologi tetiba terjumpa kuiz ni...tengok cam menarik gak...baik anda mencuba kuiz ini lihat samada betul atau tidak.

Ada 5 perkara berlaku serentak:

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Saturday, June 16, 2012

Khasiat Jagung




Jom kita kongsi info ini bersama....Kebaikan jagung untuk kesihatan termasuk mengawal diabetis, menghalang penyakit jantung, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan kecacatan otak dan tulang belakang semasa kelahiran (neural tube defects at birth). Jagung atau ‘corn’ atau ‘maize’ adalah bijirin yang sangat popular disesetengah negara seperti Amerika dan Afrika. Jagung bukan sahaja memyediakan kalori tenaga untuk metabolisma badan malah sangat kaya dengan vitamin A, B, E dan mineral. Kandungan fibernya yang tinggi menghalang dari penyakit seperti sembelit, haemorrhoids dan kanser usus. Anti-oksidan yang terdapat dalam jagung akan bertindak sebagai agen anti-kanser dan mencegah Alzheimer. Jagung sangat berkhasiat disebabkan oleh kehadiran nutrien-nutrien yang berkualiti didalamnya. Oleh kerana ia diperkaya dengan ‘phytochemicals’, ia melindungi manusia dari pelbagai penyakit kronik. Berikut adalah sebahagian dari kebaikan jagung:

Wednesday, June 13, 2012

7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus


Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?

Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

Sunday, June 10, 2012

Tempahan Puding


Pantai Merdeka

Petang kelmarin kami sekeluarga jalan2 kat Pantai Merdeka, saja2 pi lagi pulak ada Expo..nak tgk gak ada jual ape, saja cuci mata heh...

Sarapan pagi


Nie nasik lemak saya buat pagi kelmarin, buat sikit ja takut tak abis, tengok2 tak cukup lak..aisehmen..

Tuesday, June 5, 2012

Khasiat Delima



Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita

Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka ‘potong’ dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Sunday, June 3, 2012

Rahsia Lelaki Melalui Zodiak


Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.


Ke Makam Bonda - Usman Awang

Mula-mula jadi minat puisi ni bila baca puisi karya Usman Awang nie la, menyentuh jiwa sungguh..tambah2 bila dengar kumpulan UNIC menyanyikan lagu yang dipetik dari puisi ni, bertambah sayu mayu lagi..

Puisi Buat Suami

Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…

Saturday, June 2, 2012

Sekilas Kenangan



Terdiam seketika aku menggenggam sekelumit rindu
Terkedu lidahku menahan kelu di kalbu
Tak tahu ke mana arah dan di mana harus ku tuju
Untuk ku rungkai segala yang tersimpan di sanubari ku

Sekilas ku teringat akan diri mu
Membuak berdarah kembali rasa pilu ku
Tersentak jiwa ku… meraung sengsara ku
Adakah ini yang harus ku lakukan untuk ku

Perjalanan kita hanya sekelip cuma
Bertahun lama nya kita menyulam cinta
Segunung harapan ku simpan pada kasih kita
Namun..segalanya hampa belaka

Seketika bila hati ini berlagu pilu
Teringat kembali diri ku padamu
Adakah ini bermakna cinta masih ada di situ
Atau hanya pelabuhan di kala ku pilu

Sungguh tak ku duga ini yang terjadi
Bertahun ku cuba menyulam setia
Bertahun ku cuba menjadi pencinta
Tapi…hanya badai yang berkunjung tiba

Kejamkah dunia menghukum aku
Adakah aku atau kau yang tak setia
Atau pun ikatan cinta kita yang goyah sedari mula
Atau pun hanya kerana dia yang kau cinta

Biarlah masa penentu segala
Pasrah cinta ku pada mu selama-lamanya


Nukilan:
Aida Shaida

Kumpulan Hujan nyanyi lagu gambus



Baru-baru ini tengok rancangan versus, memang selalu dok tengok pun, tapi selalu tengok siaran ulangan je kat tv3 hari ahad kul 6 petang klu tak salah la, tak sempat nak tengok yang tv9 nyer..dalam byk2 episod aku suka tengok minggu yang tiap2 kumpulan kena nyanyi lagu kumpulan lain hehe best tengok, yang paling best tengok hujan nyanyi lagu kumpulan sofarz..versi gambus lak tu..cayalah noh..tak sangka leh nyanyi lagu gambus.