Siri Animasi Boboiboy untuk musim ke-2 akan bermula akhir mei ini, mesti tengok nie..Boboiboy
ni adalah salah satu siri animasi kegemaran Ayen selain Upin Ipin..sebenarnya saya suka sangat tengok watak
Probe (Robot prototaip ciptaan utama Adu Du) yang gila cool tu...Ni anak yang nak tengok atau mamanya yg tak sabar nak tengok hehe...
Mengikut dari sumber FB page BoBoiBoy, Kartun Bersiri Boboiboy bagi
musim ke-2 akan mula bersiaran pada 27 mei 2012 (ahad) pada jam 7.00
malam.
Untuk musim ke-2 ni akan muncul beberapa watak baru disamping watak lama seperti Tok Aba, Ying, Yaya & Gopal .
Jika Boboiboy musim pertama jalan cerita lebih berkisar sepanjang
percutian sempena cuti persekolahan Boboiboy di kawasan tempat tinggal
Atuknya. Untuk musim kedua ini pula, Kartun Bersiri Boboiboy akan lebih
tertumpu kepada suasana persekolahan di Sekolah Rendah Pulau Rintis.
Gambaran watak dalam Siri Animasi Boboiboy untuk musim ke-2 seperti dibawah:
Ini adalah serba sedikit pengenalan tentang animasi Boboiboy
BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat
penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak bersama
tiga rakan lain (Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin), setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production, syarikat yang pernah diasaskan oleh Nizam dan Safwan dulu dan terkenal kerana menghasilkan siri animasi
Upin & Ipin dan filem
Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah diarah oleh Nizam. Syarikat Animonsta beroperasi di MAC3, fasiliti pengeraman pembangun kandungan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) di Cyberjaya.
Konsep asal cerita
BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke Bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama.
Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk
asing ke Bumi untuk memburu koko, "kerana ia lebih dekat dengan jiwa
kanak-kanak".
Siri
BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin & Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini, iaitu BoBoiBoy.
sumber dari wikipedia